Monday 23 January 2012

Sombong Bukan Label Kita Kat Tempat Orang Kalau Kita Tahu Punca Orang Kata Kita Sombong.


 First impression


Hello senior Malaysian and junior Malaysian. Kalau korang perasan, sekarang dah masuk bulan Sembilan. Which means, kebanyakkan student degree akan sambung belajar setelah puas cuti summer diorang (walaupun tak puas cuti). Ehem. Apa yang aku perasan, system baru university dah selaraskan kemasukan intake student sem 1 dengan student naik cuti mid sem.
 

Okay, tak kisah lah. And perkara typical yang akan belaku, mesti student sem 1 akan rasa akward. Nak nak lepasan matiks. Dan dan kena hantar university yang jauh dari rumah. Plus, tak pernah masuk asrama. Conform korang boleh teka diorang adalah student part 1. Even dari jauh.

 
Sebenarnya bukan student baru je yang akan rasa awkward, tapi korang kalau berada kat tempat baru pun korang akan rasa awkward. Ikut suami pindah ke rumah baru misalnya. Atau korang kena ikut ayah pindah rumah ke negeri perantauan sebab ayah kena tukar tempat kerja. And banyak lagi contoh yang boleh diguna pakai. Just be in the shoes, then korang akan rasa.


Overall, berada kat tempat baru ni is not a bad thing. Well, it is quite interesting for them who loves adventure and discover new things. Hey. Best lah discover benda benda yang kita tak pernah cuba. Nak nak kat tempat orang. Sebab experience yang akan kita dapat tu berbaloi. Boleh guna kat mana mana.



 Girls love to date
 

And sikap suka cari experience ni salah satu advantage bagi boys. Bila pengalaman dah ada, automatic rasa confident akan diterap dalam diri kita. So, for boys, grab your chance. Girls sangat suka kat boys yang nampak confident tahu? Serius. Take note.


Well. Itu antara advantage yang ada bila kita kat tempat orang. Tapi ada banyak benda yang tak best jugak bila kita berada kat tempat orang. Kita senang di label sombong. Nak nak kalau korang seorang pendiam. Orang pendiam, bila orang tanya sepatah, dia akan jawab sepatah. 


Korang bayang kan, ada orang baru masuk kat tempat korang. Then, korang ajak lah berbual. Kononnya nak break the ice. Mana lah tahu boleh jadi kawan rapat, kan? Unfortunately, orang baru kat tempat korang tu memang jenis tak-suka-nak-bercakap. Korang bayangkan ah apa yang berlaku. Automati budak baru tu akan dilabel sombong. Kan?


Actually, ada beberapa cara untuk elakkan orang label kita sombng kalau kita ni pendiam and kita baru kat tempat orang. Serius. Antaranya, korang kena ambil tahu pergerakan-pergerakan kecil yang korang buat. Even sikit, orang still boleh pandang serong kat kita, you know? Misalnya jalan mendongak sambil mendada. Then, tak nak senyum. Kalau korang jumpa orang macam tu, apa first impression korang?



Let the music explore
 

Bukan pasal jalan je. Bagi yang suka dengar mp3 pulak. Korang memang tak akan perasan yang korang akan pakai earphone kat mana-mana aje. Betul? *terasa* Okay fine. Korang korang tak macam tu. aku sorang je (dulu). Ehem. Well, sebenarnya bukan tak boleh pakai earphone. Boleh. Tapi ikut tempat lah. kalau tak nak free-free kena label sombong, jangan pakai kat tempat awam.


Okay. Korang kena selalu ingat, bila kita kat tempat baru, kita akan sentiasa mula dengan kosong. Yes, kosong. Even kita dihantar outstation untuk practical, kita sentiasa akan jadi junior kat tempat tu. Sebab, akan ada ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat sana yang dah already bermaustatin kat tempat tu. 


So, even kita ada ijazah, or master, or what so ever, jangan cuba-cuba nak mengajar unknown people kat sana. Melain kan kalau korang dah rapat dengan orang tu. yes. Senior tak suka bila junior cuba mengajar dia. Serious, aku tak tipu. Kalau susah nak percaya, korang boleh bayangkan yang korang ajar mak korang macamana nak basuh baju. Agak agak, apa korang dapat? Ehem.


"Tapi red, kalau kes seseorang tu betul-betul pendiam, macamana?"


Sebenarnya banyak lagi cara. Korang sendiri boleh kait pada persekitaran korang. Cara paling senang belanja makan sekali-sekala. Khairul pun ada bagi tips tips yang bagus untuk korang yang betul-betul pendiam. Contohnya, kalau korang keluar ke mall, balik belikan Big Apple untuk roommate atau housemate. Sure lepas tu roommate atau housemate korang akan fikir korang ni tak ada lah sesombong mana. Well, roommate aku dulu pernah buat macam tu kat aku. its work.



 Duduk seorang diri pun akan kelihatan sombong


And yeah. Aku harap sedikit sebanyak, korang boleh tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Pasal benda ni boleh berlaku bila bila masa aje. Siapa tahu kita kena pindah, kan? Nak nak kalau job korang sebagai bola syarikat. Asyik dipindah ke sana ke mari. And for those yang sem 1 punya student, terpulang kat korang kalau nak pandang sebelah mata tentang topik yang aku bangkitkan.


Well, kalau nak ikut kan, ada banyak lagi cara untuk korang adapt dengan korang punya persekitaran untuk elakkan orang label korang sombong. Antara korang perasan atau tak perasan aje. Nak nak yang pasal pergerakan kecil tu. Sebab aku tengok, ramai perempuan sekarang suka jalan mendada -.-  sama je yang RM2 atau 50sen. Aku tak cakap lucah ea. Aku cakap, kalau diorang dapat duit raya RM2 atau 50sen. Haiss korang ni.

No comments:

Post a Comment