Monday, 23 January 2012


Assalamualaikum...

Korang nampak tak gambar kat atas tu? apa pendapat korang? hahaa..ni mesti kes putus cinta ye dak?
tapi perlukah buat tindakan nekad macam ni? cederakan diri malah ada yang sampai sanggup bunuh diri bila dah putus cinta. masyallah..tobat-tobat.. janganlah cetek fikiran sangat dik oi.. itu bukan jalan terakhirnya..
ingat tuhan..!
Oklah gua bukan nak berceramah atau nak menambah kekusutan bagi mereka yang pernah atau sedang mengalami putus cinta. Gua sebenarnya nak bantu mereka atau sesiapa saja untuk bangkit dari kegagalan dalam percintaan dan seterusnya mengelakkan diri dari melakukan perkara seperti gambar diatas.

Disini gua listkan 15 tips tentang bagaimana mengatasi atau menghadapi situasi gagal dalam percintaan.
check it out!!!


  1. Berfikiran Positif!!
  2. Elakkan diri dari bersendirian
  3. Sibukkan diri dengan melakukan kerja
  4. Selalu luangkan masa bersama rakan-rakan
  5. Baca buku yang berkaitan dengan perihal agama (Novel cinta tidak sesuai)
  6. Dengar lagu tentang ketuhanan (jangan lagu cinta tau)
  7. Tanamkan minat pada sesuatu benda yang baru yang korang tak pernah ambil tahu sebelum ini seperti: ambil tahu perihal isu semasa dan mengikutinya dalam tv atau akhbar.
  8. makan coklat juga boleh hilangkan stress
  9. Bersukan juga adalah salah satu kaedah yang sesuai. "badan sihat minda cergas"
  10. Lawan perasaan sedih dengan memberi semangat pada diri sendiri.
  11. Ingat, cinta pada pasangan cuma perkara ketiga, sebab yang utama adalah cinta pada tuhan dan cinta pada kedua ibubapa. so, kenapa mesti sampai nak seksa diri bila putus cinta? kemon!!
  12. Buang kenangan bersama sidia dan benda yang berkaitan dengan sidia..takyah ingat! tetapi jangan membenci!
  13. Ingatlah kata-kata ini, "sidia tinggalkan kita bukan sebab kita bukan yang terbaik untuknya,tetapi sebaliknya sidia bukan yang terbaik untuk kita" 
  14. Yakin bahagia itu milik korang dan akan tiba suatu hari nanti (kesabaran)
  15. Dekatkan diri pada tuhan. dirikan solat dan selalu berdoa insya allah bahagia.

No comments:

Post a Comment