Monday 23 January 2012



Sememangnya adalah lumrah kehidupan sebagai manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Dan disebalik perhubungan antara kedua jantina tersebut mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama anda. 

(1) Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.
(2) Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.
(3) Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.
(4) Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.

(5) Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.
(6) Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.
(7) Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

No comments:

Post a Comment