Monday, 30 January 2012

  1. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
  3. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  4. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  5. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  6. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  7. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  9. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  10. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Aku pun ada pakai gak kata2 ni kekadang....(nak mengayat)....haha...
Nak pakai boley tapi jangan sampai kantoi wokey...

Monday, 23 January 2012



Jika diukir dengan segala bahasa
Cinta itu masih tiada sastera buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
Cinta itu masih tiada citra baginya..
===========================
Tiadakah kerna cintakan tuhan
Insan berkorban dan terkorban?
Tanpa cinta lenyaplah agama
===========================
Tidakkah kerna cintakan anak
Ibu lupakan segala kehendak?
Tanpa cinta pupuslah manusia
===========================
Tidakkah kerna cintakan kekasih,
Insan sanggup hidup tersisih?
Tanpa cinta muramlah suasana
 
Tidakkah kerna cintakan negara
Rakyat sanggup hidup sengsara?
Tanpa cinta hapuslah segala warga
===========================
Dari akar mekar rasa cinta
Lahirlah jiwa mesra dan manja
Dari akar mekar rasa cinta
Bahagia dan sengsara menjelma
Dari akar mekar rasa cinta
Munculnya tawa dan air mata
===========================
Cinta jika ditentang halang
Terbentanglah selendang perjuangan
Semaraklah gendang kebangkitan
===========================
Cinta itu makhluk tuhan
Penuh keajaiban
Penuh kehairanan
Penuh kenikmatan
Penuh kesakitan
Penuh kesyahduan
Penuh keharmonian
Namun cinta tetap keperluan
Tanpa cinta pincanglah alam….


Sememangnya adalah lumrah kehidupan sebagai manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Dan disebalik perhubungan antara kedua jantina tersebut mempunyai beberapa fakta menarik yang mungkin kami boleh kongsikan bersama anda. 

(1) Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.
(2) Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.
(3) Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.
(4) Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.

(5) Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.
(6) Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.
(7) Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
“Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.”


Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. “Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur”.
Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.
Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan.
Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita. Oleh itu, jadikan apa yang akan PDH paparkan di bawah ini sebagai panduan saja, tidak semestinya betul.
Lelaki itu jujur jika :
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya.
Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya.
Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya.
Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.
Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN. 
Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?
Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

Sombong Bukan Label Kita Kat Tempat Orang Kalau Kita Tahu Punca Orang Kata Kita Sombong.


 First impression


Hello senior Malaysian and junior Malaysian. Kalau korang perasan, sekarang dah masuk bulan Sembilan. Which means, kebanyakkan student degree akan sambung belajar setelah puas cuti summer diorang (walaupun tak puas cuti). Ehem. Apa yang aku perasan, system baru university dah selaraskan kemasukan intake student sem 1 dengan student naik cuti mid sem.
 

Okay, tak kisah lah. And perkara typical yang akan belaku, mesti student sem 1 akan rasa akward. Nak nak lepasan matiks. Dan dan kena hantar university yang jauh dari rumah. Plus, tak pernah masuk asrama. Conform korang boleh teka diorang adalah student part 1. Even dari jauh.

 
Sebenarnya bukan student baru je yang akan rasa awkward, tapi korang kalau berada kat tempat baru pun korang akan rasa awkward. Ikut suami pindah ke rumah baru misalnya. Atau korang kena ikut ayah pindah rumah ke negeri perantauan sebab ayah kena tukar tempat kerja. And banyak lagi contoh yang boleh diguna pakai. Just be in the shoes, then korang akan rasa.


Overall, berada kat tempat baru ni is not a bad thing. Well, it is quite interesting for them who loves adventure and discover new things. Hey. Best lah discover benda benda yang kita tak pernah cuba. Nak nak kat tempat orang. Sebab experience yang akan kita dapat tu berbaloi. Boleh guna kat mana mana.



 Girls love to date
 

And sikap suka cari experience ni salah satu advantage bagi boys. Bila pengalaman dah ada, automatic rasa confident akan diterap dalam diri kita. So, for boys, grab your chance. Girls sangat suka kat boys yang nampak confident tahu? Serius. Take note.


Well. Itu antara advantage yang ada bila kita kat tempat orang. Tapi ada banyak benda yang tak best jugak bila kita berada kat tempat orang. Kita senang di label sombong. Nak nak kalau korang seorang pendiam. Orang pendiam, bila orang tanya sepatah, dia akan jawab sepatah. 


Korang bayang kan, ada orang baru masuk kat tempat korang. Then, korang ajak lah berbual. Kononnya nak break the ice. Mana lah tahu boleh jadi kawan rapat, kan? Unfortunately, orang baru kat tempat korang tu memang jenis tak-suka-nak-bercakap. Korang bayangkan ah apa yang berlaku. Automati budak baru tu akan dilabel sombong. Kan?


Actually, ada beberapa cara untuk elakkan orang label kita sombng kalau kita ni pendiam and kita baru kat tempat orang. Serius. Antaranya, korang kena ambil tahu pergerakan-pergerakan kecil yang korang buat. Even sikit, orang still boleh pandang serong kat kita, you know? Misalnya jalan mendongak sambil mendada. Then, tak nak senyum. Kalau korang jumpa orang macam tu, apa first impression korang?



Let the music explore
 

Bukan pasal jalan je. Bagi yang suka dengar mp3 pulak. Korang memang tak akan perasan yang korang akan pakai earphone kat mana-mana aje. Betul? *terasa* Okay fine. Korang korang tak macam tu. aku sorang je (dulu). Ehem. Well, sebenarnya bukan tak boleh pakai earphone. Boleh. Tapi ikut tempat lah. kalau tak nak free-free kena label sombong, jangan pakai kat tempat awam.


Okay. Korang kena selalu ingat, bila kita kat tempat baru, kita akan sentiasa mula dengan kosong. Yes, kosong. Even kita dihantar outstation untuk practical, kita sentiasa akan jadi junior kat tempat tu. Sebab, akan ada ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat sana yang dah already bermaustatin kat tempat tu. 


So, even kita ada ijazah, or master, or what so ever, jangan cuba-cuba nak mengajar unknown people kat sana. Melain kan kalau korang dah rapat dengan orang tu. yes. Senior tak suka bila junior cuba mengajar dia. Serious, aku tak tipu. Kalau susah nak percaya, korang boleh bayangkan yang korang ajar mak korang macamana nak basuh baju. Agak agak, apa korang dapat? Ehem.


"Tapi red, kalau kes seseorang tu betul-betul pendiam, macamana?"


Sebenarnya banyak lagi cara. Korang sendiri boleh kait pada persekitaran korang. Cara paling senang belanja makan sekali-sekala. Khairul pun ada bagi tips tips yang bagus untuk korang yang betul-betul pendiam. Contohnya, kalau korang keluar ke mall, balik belikan Big Apple untuk roommate atau housemate. Sure lepas tu roommate atau housemate korang akan fikir korang ni tak ada lah sesombong mana. Well, roommate aku dulu pernah buat macam tu kat aku. its work.



 Duduk seorang diri pun akan kelihatan sombong


And yeah. Aku harap sedikit sebanyak, korang boleh tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Pasal benda ni boleh berlaku bila bila masa aje. Siapa tahu kita kena pindah, kan? Nak nak kalau job korang sebagai bola syarikat. Asyik dipindah ke sana ke mari. And for those yang sem 1 punya student, terpulang kat korang kalau nak pandang sebelah mata tentang topik yang aku bangkitkan.


Well, kalau nak ikut kan, ada banyak lagi cara untuk korang adapt dengan korang punya persekitaran untuk elakkan orang label korang sombong. Antara korang perasan atau tak perasan aje. Nak nak yang pasal pergerakan kecil tu. Sebab aku tengok, ramai perempuan sekarang suka jalan mendada -.-  sama je yang RM2 atau 50sen. Aku tak cakap lucah ea. Aku cakap, kalau diorang dapat duit raya RM2 atau 50sen. Haiss korang ni.

Blog Bukan Kerja Mudah

Assalamualaikum.


Hello


Hello blogger boys and girls sekalian. How are you guys doing? Sihat? Bagus. Kalau Korang perasan, baru baru ni aku liat sangat nak update blog kan? Bukan apa, actually sejak dua tiga entry lepas, aku baru sedar what is blogging yang sebenarnya. And you know what, bukan senang nak jadi blogger sebenarnya.



And kenapa aku cakap macam tu? Actually blogging ni bukan sekadar taip. Tapi sebenarnya kita berkongsi saham. Yeah. Setiap apa yang kita taip atau upload akan dibaca oleh orang awam. Sebab tanpa kita sedar, blogging ni membuat kan kita berbicara atau berkongsi sesuatu dengan dunia yang tanpa sempadan. Except kalau kita private kan blogging.



Yeah. Berkongsi saham yang aku maksudkan kat sini adalah berkongsi ganjaran dan balasan. You know. Stuff like kalau kita kongsi benda baik kita dapat pahala and kalau kita kongsi benda tak baik, saham dosa jugak kita dapat. Yeah. Benda yang kita kecil kecil kan sebenarnya adalah a really big deal.




Well, you know, stuff like artikel informasi pun. Salah bagi, you alls tahu lah jawapan nya kan. And ni adalah salah satu sebab kenapa aku tak buat entry SEO. SEO is a really strong killer. Aku tahu, entry SEO boleh kaut banyak gila duit dari pihak periklanan. But still. Strng killer is still strong killer. Salah info, nahas kita.



Tu aku baru sentuh pasal entry. Belum lagi pasal gambar yang kita gunakan lagi. Well, aku pernah tersentap masa baca artikel pasal teguran ke atas berhati hati bila guna kan gambar dalam artikel kita. Maklum lah. masa tu aku noobs lagi kut. Gambar main letak je. And korang pun sedap je baca entry aku dengan gambar gambar yang. Err.. err.. you know. Stuff like kissing, romance, and others. Tapi tak ada dah. Percaya lah. Dah tak ada beb.



And korang kena tahu, gambar yang bukak aib orang jugak sangat bahaya untuk saham kita. Yeah like perempuan tak pakai tudung. And gambar lelaki sexy yang buatkan perempuan tergoda. Yeah aku tahu. Badan lelaki memang senang buat perempuan rasa, "aww. Hot stuff". Ehem. Gambar macam tu bahaya. Takut menaikkan nafsu pembaca kita. Kita jugak dapat saham sebab sebarkan.



And sekarang korang dah pun tahu kenapa aku ada sedikit lambat post artikel baru. Ok fine. Bukan sedikit. Tapi banyak. Like dah malas. Tapi tu semua cuma tanggapan korang. Hakikatnya, aku tengah cuba perah idea macamana nak buat artikel artikel bagus untuk tatapan korang. And aku jugak cuba untuk bagi korang artikel yang buat kan korang tak buang masa semata mata melawat gitarputeh ni. Sebab buang masa atas satu benda tak berfaedah tu kita kena elkkan, kan?



Sekian